Communication Trainer
Membantu peserta membina keberanian, struktur penyampaian dan keyakinan untuk bercakap dengan lebih jelas.
- Public Speaking
- Speech Training
- Presentation & Communication
- Leadership Communication
AMPACoach Ayie — Jurulatih Komunikasi, Emcee Profesional dan Speaker yang membina keyakinan, menghidupkan pentas dan memastikan mesej sampai kepada audiens.
Perjalanan Coach Ayie bersama AMPAC bermula sebagai seorang peserta pada tahun 2010. Pengalaman itu berkembang menjadi satu kerjaya dalam dunia latihan, pengucapan awam dan pembangunan potensi.
Pada tahun 2015, beliau menjadi jurulatih tetap AMPAC dan terus aktif menyampaikan ceramah, melaksanakan program serta mengajar kemahiran komunikasi dan pengucapan awam.
Pada masa yang sama, pengalaman mengendalikan majlis dan event jemputan membentuk satu lagi identiti penting beliau — Emcee Profesional yang bukan sekadar membaca skrip, tetapi membaca suasana, menjaga momentum dan menghubungkan pentas dengan audiens.
Coach Ayie berfungsi di dalam tiga ruang utama — melatih, mengendalikan pentas dan menyampaikan mesej yang memberi kesan.
Membantu peserta membina keberanian, struktur penyampaian dan keyakinan untuk bercakap dengan lebih jelas.
Mengendalikan majlis dan event jemputan dengan kawalan suasana, tenaga yang sesuai dan komunikasi yang kemas.
Menyampaikan mesej pembangunan diri, motivasi dan kepimpinan dalam gaya yang dekat dengan audiens.
Pengacaraan yang baik bukan sekadar sebut nama, baca teks dan teruskan agenda.
Coach Ayie berpengalaman mengendalikan pelbagai majlis, program dan event jemputan serta pernah berperanan sebagai Emcee dan Jurucakap Studio Kembara.
Pengalaman pengacaraan Coach Ayie merangkumi majlis formal, santai, Islamik, outdoor, hiburan serta peranan hos dan moderator.
Pengalaman Coach Ayie merangkumi latihan komunikasi, motivasi, pidato, pengacaraan, jurucakap serta pengurusan di AMPAC.
Melatih peserta membina kemahiran komunikasi dan keyakinan dalam pengucapan awam.
Menyampaikan sesi motivasi serta mengendalikan program dan majlis dalam pelbagai setting.
Pengalaman melatih penyampaian pidato pada tahap yang lebih kompetitif.
Pengalaman komunikasi pentas dan representasi jenama dalam konteks hiburan bermanfaat seisi keluarga.
Membawa perspektif komunikasi bukan sahaja di pentas, tetapi juga pada peringkat organisasi dan pemasaran.
Terlibat dalam kepimpinan, pengurusan akademi dan pembangunan program.
Membina keberanian untuk bersuara, kemampuan untuk berhubung dan keyakinan untuk memberi impak kepada orang di hadapan kita.
Daripada sekolah dan program komuniti hinggalah majlis graduasi, acara korporat dan event jemputan — setiap pentas perlukan tenaga, kawalan suasana dan cara berkomunikasi yang berbeza.
Dengan kerjasama UiTM
Asas perjalanan sebelum berkembang dalam dunia latihan dan komunikasi.
Antara momen yang sempat dirakam sepanjang perjalanan dalam dunia komunikasi, pengacaraan, program dan industri kreatif.
Bukan tentang siapa yang berada dalam gambar — tetapi tentang perjalanan, peluang dan hubungan yang tercipta sepanjang jalan.
Kejayaan peserta adalah antara bukti paling bermakna dalam perjalanan seorang jurulatih. Ini antara kisah yang cukup istimewa buat Coach Ayie.
Peserta Program Premium AMPAC
Adam Shahin Uqail merupakan salah seorang anak didik AMPAC yang dibimbing oleh Coach Ayie. Beliau telah menyertai Malaysia's Largest Public Speaking Event di IOI Mall Damansara dan berjaya merangkul gelaran Champion.
Kejayaan ini bukan datang daripada keberanian semata-mata. Ia dibina melalui latihan, sokongan ibu bapa, disiplin dan kesungguhan untuk terus memperbaiki kemahiran bercakap di hadapan orang ramai.
“Saya tumpang bangga melihat Adam terus berkembang. Semoga Adam terus bersinar sebagai ikon muda yang bijak berbicara.”
Antara maklum balas ibu bapa dan peserta selepas mengikuti program AMPAC serta sesi yang dikendalikan oleh Coach Ayie dan barisan jurulatih AMPAC.
Saya yakin anak-anak banyak dapat ilmu baru dan semangat baru. Anak saya paling tak nak pergi, tapi akhirnya cakap nak masuk lagi sebab nak jumpa Coach Ayie. Saya yakin bonding Coach dan anak-anak sangat kuat.
Anak saya mula join program AMPAC ketika berusia 9 tahun dan seorang introvert. Sekarang bakal mewakili sekolah untuk pidato Bahasa Arab, bercerita Bahasa Melayu dan public speaking English.
Lepas masuk Kelas Bijak Berbicara AMPAC, dia asyik cari peluang nak cuba lagi. Berjaya breakthrough ketakutan dan kegugupan di hadapan orang ramai, kemudian mendapat tempat ke-2 syarahan Bulan Merdeka.
Saya hantar anak cuti sekolah Mac lepas. Alhamdulillah anak dipilih bergandingan mengacara dengan cikgu untuk pelancaran Bulan Kebangsaan, dan turut terpilih untuk pertandingan pidato serta sajak.
Alhamdulillah anak saya tunjuk kemajuan dan ada peningkatan. First day pidato depan saya tanpa rasa malu. Syabas AMPAC Akademi.
Anak saya belajar public speaking di AMPAC. Kesannya dia sangat berani bercakap depan orang tanpa gagap dan berani beri arahan. Sekarang dia dah di IPTA.
You all very amazing & superb trainer. Nuha & Huda banyak improve sejak join Program Premium, especially on self confidence dan berani ke depan.
Alhamdulillah. Menarik dan objektif tercapai. Insya-Allah ada bajet kami jemput lagi.
Anak cakap “seronok gile”. Alhamdulillah. Semoga program ini dapat memberi inspirasi kepadanya.
Bincangkan keperluan program, majlis atau event anda bersama Coach Ayie.